Thursday 1 November 2012

Pengenalan pendidikan khas (part 2)

Kanak-kanak pendidikan khas bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak istimewa yang telah dijanjikan oleh Allah untuk ditempatkan di syurga kerana keistimewaan dan kelainan upaya yang dimilikinya. Kebiasaanya ibu bapa, guru atau masyarakat yang berdepan dengan  kanak-kanak ini seringkali berasa tidak selesa dan rimas kerana  mereka seringkali menyusahkan ahli keluarga.

Seharusnya, apabila kita berhadapan dengan fenomena manusia seperti ini, kita perlulah bersyukur kerana telah dijadikan allah sempurna dengan segala nikmat dan kudrat berbanding mereka. kita sebagai hamba allah seharusnya menolong mereka,memberi bimbingan terhadap mereka dan sentiasa bersikap postif.

Sebagai seorang guru pendidikan khas,  banyak cabaran yang saya lalui. kadang-kadang mereka ini hyperactive, slow learner, terlalu diam, dan ada jugak yang terlalu manja. walaupun mereka macam ini, mereka nilah yang menjadikan saya sebagai seorang guru.

Saya mempunyai murid seramai 30 orang. hanya seorang dari mereka yang mempunyai masalah pendengaran, dan yang lain mempunyai masalah pembelajaran.

Masalah paling besar buat saya apabila saya mengajar dengan mereka ialah, berkomunikasi.
Selain itu, dari segi menguruskan mereka. kadang-kadang dalam kelas, ada murid yang terbuang air dalam seluar. dan ada jugak yang merengek tak nak buat kerja. Tetapi, dengan didikan yang diberi, mereka boleh mengawal diri mereka. Seorang guru, hanya memerlukan kesabaran untuk menghadapi dan melayan karenah mereka.

Dari segi akademik pula, murid-murid istimewa ini sukar untuk mengigati sesuatu yang diajar. contoh, huruf a-z dan juga nombor.Sedangkan kita yang biasa ini pun susah nak ingat, apatah lagi murid-murid istimewa ini. Mereka lebih gemar melakukan aktiviti luar daripada didalam kelas. Seperti, Berkebun, belai ikan dalam kolam dan sebagainnya.

sekian dari saya,
rasian atoh




No comments:

Post a Comment