Tuesday 30 October 2012

Program Pendidikan Khas

Program persekolahan pendidikan khas di Malaysia mengandungi tiga jenis iaitu
1 - program sekolah khas
2 - program sekolah percantuman
3 -program sekolah inklusif


1- Program Sekolah khas

Program sekolah khas ialah program persekolahan yang menempatkan satu kategori iaitu kecacatan murid berkeperluan khas atau menyamai konsep persekolahan segregasi. Contohnya, murid-murid bermasalah pendengaran  ditempatkan belajar di sebuah sekolah khas untuk mereka. Sekolah ini ditadbir oleh guru-guru yang dilatih khas dan berasingan dari sekolah biasa yang lain. Kaedah pengajaran dan aktiviti kokurikulum juga disediakan khusus untuk keperluan dan kesesuaian murid berkenaan.

Contoh Sekolah Pendidikan Khas


2- Program Sekolah Percantuman

Program sekolah percantuman juga dikenali sebagai program integrasi. Dalam pogram ini murid-murid berkeperluan khas ditempatkan belajar di sekolah biasa bersama murid-murid yang normal. walau bagaimanapun murid-murid berkeperluan khas belajar secara berasingan daripada pelajar normal. Mereka hanya berkongsi kemudahan fizikal sekolah dan pentadbiran sekolah adalah sepenuhnya di bawah pentadbiran biasa. Seorang penyelaras dilantik untuk mengurus hal ehwal pendidikan dan ko-kurikulum pelajar khas.



2- Program Sekolah Inklusif

Program ini menempatkan murid-murid berkeperluan khas belajar bersama-sama dengan murid normal. Mereka di tempatkan dalam kelas yang sama dengan murid-murid yang nomal dan diajar oleh guru kelas biasa. Dalam program ini , murid-murid berkeperluan khas mengikuti kurikulum yang sama dengan murid normal. Ciri-ciri yang diambil kira sebelum menempatkan murid-murid khas ke dalam program inklusif ialah mereka perlu mencapai tahap pencapaian akademik yang hampir sama dengan murid normal dalam semua mata pelajaran atau pun dalam mata pelajaran tertentu sahaja

=Pendidikan Khas=

Definisi Pendidikan Khas

Pendidikan khas ialah pendidikan yang disediakan khusus untuk murid-murid dengan keperluan khas. Murid-murid juga dikenali sebagai "anak-anak istimewa". Murid-murid berkeperluan khas ialah murid-murid yang mengalami masalah penglihatan, pendengaran,pembelajaran dan juga termasuk murid-murid pemulihan.

Matlamat Pendidikan Khas

Matlamat pendidikan murid-murid berkeperluan khas adalah menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan pencapaian murid-murid untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari dan berjaya dalam kehidupan.



"Through humor, you can soften some of the worst blows that life delivers. And once you find laughter, no matter how painful your situation might be, you can survive it." -Bill Cosby

Biodata Pemilik


Rasian Binti Atoh

D20112053281

Hobby: Mengemas, Melawat tempat2 bersejarah
Asal: Sabah


"Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru."