Friday 9 November 2012
Aktiviti hujung tahun 2012- camping di sekolah
Aktiviti hujung tahun bersama murid-murid pendidikan khas
- Berkhemah di sekolah
murid-murid ku
Mengajar mereka mendirikan khemah
Selepas mendirikan khemah, murid-murid mengemas dan menyapu khemah masing-masing
TADAAAA, dah siap pasang khemah
SENYUM, TAK PERLU KATA APA-APA
Peace
Murid-murid menolong membakar ikan
sedap=)
tadaaa, dah siap masak, apa lagi
jemput makan=)
Selepas Makan, kami mengadakan aktiviti berkumpulan=)
Thursday 8 November 2012
Nota Pembelajaran di dalam kelas
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
TAJUK: 3Prabacaan
MASA: 60 Minit
TUNJANG UTAMA: Komunikasi
STANDARD KANDUNGAN: 3.1 Mengenal persamaan objek, huruf dan suku kata.
STANDARD PEMBELAJARAN: 3.1.2 Mengecam persamaan dari segi bentuk
TUNJANG YANG DISEPADUKAN:
- keterampilan diri literasi sains dan teknologi
OBJEKTIF:
-Pada akhir pembelajaran, murid dapat mengecam persamaan objek dari segi bentuk.
NILAI: Kerjasama
______________________________________________________________________________
TAJUK : Kemahiran membaca
MASA: 60 Minit
TUNJANG UTAMA: Komunikasi
STANDARD PEMBELAJARAN: 4.1.1 Menyebut huruf a-z
TUNJANG YANG DISEPADUKAN:
- keterampilan diri literasi sains dan teknologi komunikasi
OBJEKTIF:
-Pada akhir pembelajaran, murid dapat membunyi huruf konsonan'b' dengan betul
NILAI: Kerjasama
________________________________________________________________________________
MASA: 60 Minit
TUNJANG UTAMA: Literasasi Sains dan Teknologi
STANDARD KANDUNGAN: 4.1 Mengklasifasikan objek mengikut warna
STANDARD PEMBELAJARAN: 1.1.1 Mengasingkan objek mengikut warna asas
TUNJANG YANG DISEPADUKAN:
- komunikasi
- kemanusiaan
- kerohanianm sikap dan nilai
OBJEKTIF:
-Pada akhir pembelajaran, murid dapat mengklasifasikan objek mengikut warna asas merah, biru dan kuning
NILAI: Kerjasama, keberanian
Contoh Soalan-soalan semasa di dalam kelas
KOMPONEN BAHASA MELAYU
: Kemahiran Mendengar :
Arahan: Guru menunjukkan gambar kenderaan mengikut bunyi yang diperdengarkan
Murid: Mengajuk bunyi kenderaan
: Kemahiran Menulis:
Arahan: Guru meminta murid menyambung garisan putus-putus huruf vokal 'a'
KOMPONEN BAHASA INGGERIS
: Greetings and Social Expression :
Match the pictures with the correct word.
Good Night
Good Morning
Good Afternoon
KOMPONEN MATEMATIK
: Guru meminta murid mewarna dan menyambungkan titik-titik dibawah :
Thursday 1 November 2012
Aktiviti didalam Kelas
JADUAL KELAS
HARI/MASA |
7:358:05 |
8:058:35 |
8:359:05 |
9:059:35 |
9:3510:05 |
10:0510:35 |
10:3511:05 |
11:0511:35 |
11:3512:05 |
12:051:05 |
ISNIN |
PH |
MT BD |
MTBD |
|
BM |
R |
|
|
|
MZ KEN |
SELASA |
PJ |
PJ |
|
|
|
E |
BM |
|
BM |
MZ KEN |
RABU |
PJ |
PJ |
|
|
|
H |
MT BD |
MT BD |
MT |
|
KHAMIS |
|
|
BM |
BM |
|
A |
MT |
MT |
|
|
JUMAAT |
MT |
MT |
|
|
|
T |
PS |
PS |
MT BD |
|
belajar menyamakan
BELAJAR MENGECAT
Pengenalan pendidikan khas (part 2)
Kanak-kanak pendidikan khas bermasalah pembelajaran merupakan kanak-kanak istimewa yang telah dijanjikan oleh Allah untuk ditempatkan di syurga kerana keistimewaan dan kelainan upaya yang dimilikinya. Kebiasaanya ibu bapa, guru atau masyarakat yang berdepan dengan kanak-kanak ini seringkali berasa tidak selesa dan rimas kerana mereka seringkali menyusahkan ahli keluarga.
Seharusnya, apabila kita berhadapan dengan fenomena manusia seperti ini, kita perlulah bersyukur kerana telah dijadikan allah sempurna dengan segala nikmat dan kudrat berbanding mereka. kita sebagai hamba allah seharusnya menolong mereka,memberi bimbingan terhadap mereka dan sentiasa bersikap postif.
Sebagai seorang guru pendidikan khas, banyak cabaran yang saya lalui. kadang-kadang mereka ini hyperactive, slow learner, terlalu diam, dan ada jugak yang terlalu manja. walaupun mereka macam ini, mereka nilah yang menjadikan saya sebagai seorang guru.
Saya mempunyai murid seramai 30 orang. hanya seorang dari mereka yang mempunyai masalah pendengaran, dan yang lain mempunyai masalah pembelajaran.
Masalah paling besar buat saya apabila saya mengajar dengan mereka ialah, berkomunikasi.
Selain itu, dari segi menguruskan mereka. kadang-kadang dalam kelas, ada murid yang terbuang air dalam seluar. dan ada jugak yang merengek tak nak buat kerja. Tetapi, dengan didikan yang diberi, mereka boleh mengawal diri mereka. Seorang guru, hanya memerlukan kesabaran untuk menghadapi dan melayan karenah mereka.
Dari segi akademik pula, murid-murid istimewa ini sukar untuk mengigati sesuatu yang diajar. contoh, huruf a-z dan juga nombor.Sedangkan kita yang biasa ini pun susah nak ingat, apatah lagi murid-murid istimewa ini. Mereka lebih gemar melakukan aktiviti luar daripada didalam kelas. Seperti, Berkebun, belai ikan dalam kolam dan sebagainnya.
sekian dari saya,
rasian atoh

Tuesday 30 October 2012
Program Pendidikan Khas
Program persekolahan pendidikan khas di Malaysia mengandungi tiga jenis iaitu
1 - program sekolah khas
2 - program sekolah percantuman
3 -program sekolah inklusif
1- Program Sekolah khas
Program sekolah khas ialah program persekolahan yang menempatkan satu kategori iaitu kecacatan murid berkeperluan khas atau menyamai konsep persekolahan segregasi. Contohnya, murid-murid bermasalah pendengaran ditempatkan belajar di sebuah sekolah khas untuk mereka. Sekolah ini ditadbir oleh guru-guru yang dilatih khas dan berasingan dari sekolah biasa yang lain. Kaedah pengajaran dan aktiviti kokurikulum juga disediakan khusus untuk keperluan dan kesesuaian murid berkenaan.
Contoh Sekolah Pendidikan Khas |
2- Program Sekolah Percantuman
Program sekolah percantuman juga dikenali sebagai program integrasi. Dalam pogram ini murid-murid berkeperluan khas ditempatkan belajar di sekolah biasa bersama murid-murid yang normal. walau bagaimanapun murid-murid berkeperluan khas belajar secara berasingan daripada pelajar normal. Mereka hanya berkongsi kemudahan fizikal sekolah dan pentadbiran sekolah adalah sepenuhnya di bawah pentadbiran biasa. Seorang penyelaras dilantik untuk mengurus hal ehwal pendidikan dan ko-kurikulum pelajar khas.
2- Program Sekolah Inklusif
Program ini menempatkan murid-murid berkeperluan khas belajar bersama-sama dengan murid normal. Mereka di tempatkan dalam kelas yang sama dengan murid-murid yang nomal dan diajar oleh guru kelas biasa. Dalam program ini , murid-murid berkeperluan khas mengikuti kurikulum yang sama dengan murid normal. Ciri-ciri yang diambil kira sebelum menempatkan murid-murid khas ke dalam program inklusif ialah mereka perlu mencapai tahap pencapaian akademik yang hampir sama dengan murid normal dalam semua mata pelajaran atau pun dalam mata pelajaran tertentu sahaja
=Pendidikan Khas=
Definisi Pendidikan Khas
Pendidikan khas ialah pendidikan yang disediakan khusus untuk murid-murid dengan keperluan khas. Murid-murid juga dikenali sebagai "anak-anak istimewa". Murid-murid berkeperluan khas ialah murid-murid yang mengalami masalah penglihatan, pendengaran,pembelajaran dan juga termasuk murid-murid pemulihan.
Matlamat Pendidikan Khas
Matlamat pendidikan murid-murid berkeperluan khas adalah menekankan kepada kebolehan, kefungsian, kemahiran, perkembangan, penguasaan, dan pencapaian murid-murid untuk menjadikan mereka insan yang dapat berdikari dan berjaya dalam kehidupan.
"Through humor, you can soften some of the worst blows that life delivers. And once you find laughter, no matter how painful your situation might be, you can survive it." -Bill Cosby
Biodata Pemilik
Rasian Binti Atoh
D20112053281
Hobby: Mengemas, Melawat tempat2 bersejarah
Asal: Sabah
"Aku hanya seorang guru yang pastinya berbeza dengan guru biasa.Kerana duniaku dikelilingi insan-insan istimewa yang pelbagai masalah dan ketidakupayaan..Duniaku adalah bersama mereka walau mereka tidak dapat mendengar,walau mereka tidak dapat melihat ,walau apapun kekurangan yang ada pada mereka dia tetap anak-anak muridku yang menjadikan aku seorang guru."
Subscribe to:
Posts (Atom)